menu tab

tumblrigtwitter+follow

April 14, 2013

Weekend.


KKS

minggu ni minggu paling penat dan bulan ni bulan paling sibuk.penat nya wei *sadface.hari jumaat aritu kitorang gi metro kajang buat KKS.semangat kan ? haha.sebenarnya tak plan awal2 pun benda ni.diorang plan hari khamis .time tu aku tak ada sebab aku demam *coughing .

Perancangan awal sebenarnya nak pergi PKNS tapi tak boleh pergi sebab teksi yang kitorang nak naik dah ada orang booking untuk ke putrajaya.Last-last nak bas je lah.Nasib aku dah ade pengalaman naik bas gi kajang.Aina ngan Imtiyaz tak pernah lagi gi kajang naik bas.first2 aku gi kedai totorro.haha.aku beli gelang infinite dengan menggunakan duit pinjam dari aina.tak ade duit tapi still nak beli sampai sanggup pinjam duit orang.hehe.

Punya lah lama berjalan,jumpa kedai makan makanan tradisional.kitorang pun tanya lah "mak cik boleh interview ? " "mak cik tengah kerja ni.sorry tapi mak cik tengah sibuk. " kitorang pun bla lah tp belum sempat kitorang jalan mak cik tu kata dekat kawan die "malas aku nak jawab soalan budak2 tu.buang masa je " wei,sumpah hot gile time dengar mak cik tu cakap camtu.agak-agaklah kalau nak mengutuk pun.bikin panas je .

Last-last kitorang cuba cari gerai yang ada dekat luar metro and FINALLY kitorang jumpa pak cik jual tebu.baik gila pak cik tu.pandai buat lawak doeh.haha. lepastu gi makan and aina belanja cool blog flavour 'oreo vanilla blog' and its my favourite :* Balik naik kereta mak imtiyaz and selamat sampai dekat maahad.


KKG

nak buat hari ni  dan tengah-tengah buat tetiba tangan merajin nak kemaskan gambar oppa dekat pendrive.tekan punya tekan tetibe ada keluar satu notification and aku pun main tekan 'YES' and nak tau ape yang berlaku ? semua folder-folder pasal homework semua hilang.damn.bagus gile wei.aku ni memang tak sah kalau tak buat something yang menyusahkan orang or diri sendiri.erghh !! sakit gila otak ni nak buat balik.

Just My Self
sebenarnya,aku tak pernah terfikir dan jadi seberani tu dengan tanya soalan-soalan yang pelik-pelik dekat kau.Kadang-kadang aku berani jawab soalan kau dengan jawapan yang aku sendiri tak sangka.mungkin lepas 'kejadian' tu,aku dah rasa selesa kut dengan kau and kau buat aku percaya kau hampir 100 percent. PINDAH ? persoalan yang selalu bermain dekat otak budak-budak yang bergelar form 3.aku mungkin tak pindah sebab kalau aku pindah pun aku still kena sekolah agama and BA still akan menghantui aku.baik duduk maahad je and kalau aku pindah aku kena cari kawan baru dan itu perkara yang aku paling susah nak buat sebab aku bukan jenis yang cepat 'friendly'.kalau boleh aku nak semua budak2 batch aku tak pindah dari maahad.

tapi...kau kata kau nak pindah...hmmm.aku tak boleh paksa kau tinggal dekat maahad sebab aku tak ada hak nak halang orang keluar dari maahad tapi dengan pindah dari maahad dapat ubah diri kau kepada yang lebih baik,aku tak halang walaupun mungkin aku akan terasa kehilangan atau sedih.kalau aku dah tak dapat jumpa kau dekat maahad ni ,aku boleh jumpa kau dekat luar.rumah kau kan dekat dengan rumah mak cik aku.hihi.tapi nanti hidup aku mesti bosan sebab dah tak ada orang nak kacau aku,nak share masalah dengan aku,nak gaduh dengan aku...jom lah kita belajar rajin-rajin and dapatkan 9A.okay ? but if that days come and you will leave me, i just can say 'goodbye' and smile at you for the last time :)




bye-bye