assalammualaikum.rasa dah lama tak update blog.hehe.minggu lepas sekolah ada buat open day selama 3 hari. Ada jualan dari pagi sampai malam.banyaklah jugak gerai yg bukak.
first day
Malam hari jumaat,kitorang diarahkan utk kosongkan asrama.sedih sebab tak dapat tengok cerita 'Sebenarnya saya isteri dia' tapi kitorang tengok cerita 'Hafalan Shalat Delisa'.sedih doh tengok cerita tu.sobsob.
second day
kitorang kena jaga 'bilik pengantin'.nanti aku tunjuk gambar,okey ? pagi ada senamrobik,balik tu terus tukar baju pakai jubah.haha.f3 KL hampir semua pakai jubah hitam bertudung putih.macam ada rusuhan je.hehe.shift aku jaga 'bilik pengantin' tu dari pukul 9 sampai 10.cikgu anisah,cikgu laili,cikgu shamsiah,teacher muna and cikgu mahani ada datang.thanks,cikgu sebab puji hasil kerja kami.dah abis jaga pegi lah jalan2 dengan berjubah.lepastu capture2 gambar dekat HI and pegi melawat jiran kami iaitu MN.diorang punya 'bilik pengantin pun cantik jugak.siap ada tok kadi sekali.hehe.petang sepatutnya ada kawad tapi kitorang skip pegi tengok cerita DOLL MASTER. cerita ni tak seram tapi banyak scene terkejut and misteri.best wei cite ni.malam ada pesembahan qasedah.
third day
ada mahrajan kawad kaki.mula-mula tak nervous tapi lepas BSMM start kawad,cuak gila time tu. dah lah time latihan aku tak practice pakai boot sebab boot tak cukup.abis je bomba kawad terus gi ambik boot dari diorang.dah penat-penat ikat tali boot tu,bila bangun n cuba hentak kaki terasa boot tu nak tertanggal but dah tak ada masa nak betulkan.aku pun redha je lah.aku tahan je wei tp malangnya time tengah kawad tali boot aku tertanggal wei.lepastu dah tak ada mood nak kawad.abis je kawad aku nanges dekat yana sebab aku rasa bersalah sangat dekat diorang.sebab tali aku tercabut,dah kena tolak markah.sobsob.lepas ambik gambar aku terus naik tengok putera kawad.sebelum tu ada taekwando n karate buat persembahan.kesian budak tu sebab badan and kepala dia terhentak dekat tar.sakit wei.aku rakam PENGAKAP kawad.hihi.comel la muka dia bile bukak spec.dia nampak nervous walaupun dah tiap2 taon masuk kawad.dia tak ada la buat big mistake but just slight mistake.Tahniah ! sebab pengakap menang no 1 NGO.Aku kalah and dapat no 4.kay.
Selamat Datang :)
Hantaran-hantaran
Blok HI
abaikan orang tu.kay?
hantaran
sampin dan jam milik :_______ :)
Blok MN
Hantaran
capture-capture picture:
gelang yang aku beli time open day :)
kawad :')