since kita first time kenal until now banyak benda berubah . banyak benda yang aku tak expect jadi between us . aku reread semua conversation kita dari mula mula kenal sampai sekarang . dari conv fb , direct message , ws :') aku baru perasan betapa malas nya kau nak layan aku dulu dulu haha mesti kau rasa aku ni annoying gila kan time tu :') aku ingat lagi kalau kau malas nak layan aku kau mesti reply k je or bla bla bla and ayat femes kau kalau kau malas nak layan aku time tu ayat 'watever' :") haha selalu kena jeling , selalu kena marah , selalu kena ignore selalu kena reply sepatah je dengan kau hahaha aduh lawak lah :")
aku ingat lagi time form 2 , aku suruh yana hantarkan surat letak bawah meja kau then kau kata kau akan happy kalau aku tak kacau kau forever haha aku pun tak msg kau dah lepastu . dekat sekolah pun aku elak dari jumpa kau then satu hari aku terserempak kau kat watercooler, time tu kau pakai sweater hijau sumpah muka kau kerek gila time tu ,aku lalu tunduk bawah je . lama gak lah kita gaduh then time birthday kau , haritu exam . aku dapat nota kecik kat meja . nota tu dari kau , kau kata kau dah maafkan aku lama dah peh siap smiley lagi time tu haha terus semangat aku nak jawab exam masa tu haha budak budak nya time tu then time last week kat sekolah , aku asyik msg kau je sampai kau marah aku, kau cakap kau benci aku sebab aku asyik ganggu hidup kau . sumpah aku takut time tu then aku nangis kat nik :') banyak kali nya aku buat kau marah haha sorry weh .
time form 3 pulak kau selalu letak surat bawah meja aku , tiap tiap pagi mesti semangat aku nak check bawah meja sebab nak tengok ada surat ke tak dari kau haha then time majlis ihtifal sekolah , time tu kau duduk dekat 4 razi . aku diri dekat depan kelas hamzah tengah sibuk sibuk main hujan . aku tak perasn pun kau kat razi time tu tetiba ikhwan lalu sebelah then dia kata " weh idong kata jangan main hujan , nanti demam" then aku pun bodo bodo masuk kelas . bila dah masuk kelas tu aku macam baru terpikir siapa yang suruh aku masuk dalam kelas tadi then aku keluar balik tanya ikhwan " eh siapa yang suruh aku masuk kelas tadi ?" then dia kata "idong" . peh sumpah time tu aku malu hahah alolo caring nya dia ni hehe . time yang kita jumpa dekat 1 hamzah tu , aku ingat lagi tu lah first time aku cakap dengan kau face to face . uishh seram gila kot time tu lagi lagi dengan kau tumbuk pintu time tu peh macam drama haha aku ingat lagi time hujung tahun kau call aku . kau nangis time tu . sumpah aku risau dekat kau . kau asyik cakap kau yang salah , kau yang salah sebab buat aku takut dengan kau . then kau buat something kat tangan kau . bila aku tanya kau buat apa dengan tangan kau tu , kau cakap biar je tangan ni . weh please jangan buat keje gila lagi camni tau . aku risau :(
time form 4 pulak aku masuk rusyd kau masuk razi . aku jeles tengok korang belajar time ict . nasib aku buat keputusan cepat nak masuk ict hehe kalau tak melepas lah aku . first time sekelas dengan kau fuhh nervous tahu tak lagi lagi kalau nak buat lisan atau presentation . even kau tak dengar aku present pun aku still nervous haha . weh even aku tahu dulu kau suka biha then kau suka nawhen :') , aku still tunggu kau macam org bodoh haha tapi at last penantian aku tu takde lah sia sia kan ? hahaha even berapa banyak air mata aku keluar disebabkan kau , aku tak pernah marah or dendam dengan kau :) thanks for everything weh :") thanks sebab wujud dalam hidup aku . thanks sebab kau , dah banyak experience aku lalui haha . kalau kau takde dalam hidup ni maybe aku akan still jadi nerd haha aku maybe aku akan suka orang lain dan paling penting bukan nadhir sebab dia suka orang lain and i don care about him anymore . kalau aku tak kenal kau, memori aku tak banyak dekat sekolah ni sebab half of the memories , semua ada kaitan dengan kau . srs bapak bosan kalau aku tak kenal kau . aku tak dapat jumpa budak degil yang susah nak dengar kata and that is you haha . then kau pun mesti gila kan biha sampai sekarang or maybe nawhen en ? haha maybe kita jumpa sebab Allah dah takdirkan pertemuan kita ni . mesti ada hikmah kenapa Allah jumpa kan aku dengan kau . right ? so let it be my bae .
next question, apa jadi bila kau dah tak ada dalam hidup aku ni ? hm srs i dont like think about future even aku tahu semua yang hidup pasti akan mati dan kita tak tahu bila kita akan mati . right ? tapi aku jawab lah soalan ni demi kau . srs aku jamin , it will tak me a long long time untuk move on . r u kidding me ? mestilah susah . aku kenal kau nak dekat 3 tahun setengah kot . tiap kali aku duduk sorang sorang mesti aku akan nangis . kalau tak teresak pun , konfem mengalir . silap haribulan aku mengigau dalam tidur sedar sedar je bangun air mata dah mengalir . mesti hati aku dah berkecai dah time tu . then aku depress masuk wad haha then mati gak ikut kau haha . aku srs tau ni . jangan pikir aku main main lak and percayalah bahawa dari mula aku tulis post ni aku dah banjir mengalir macam air terjun niagara haha . thanks awaa sebab muncul dalam hidup aku and balas balik perasaan aku yang selama ni aku ingat tak akan terbalas :"))
*sori panjang sangat . i kenot control my feelings , aku tereksaited nak tulis semua benda tetiba