menu tab

tumblrigtwitter+follow

May 30, 2013

Him



Assalammualaikum.

Cuti sekolah dah start.cuti ni nak study betul-betul sebab nak dekat trial PMR  tp sekarang pun still tak pegang buku lagi*sigh.Sejak dua menjak ni mood aku selalu hilang.tak tau la dia hilang terbang pergi mana.jk.tapi seriously aku sekarang ni jadi seorang yang cepat terasa and sensitif.aku tak tau kenapa dengan aku ni.dia cakap aku angau but apa yang angau nya ? be with him almost makes my day but sometime i will feel so down.i don't know why and please don't ask me.sometime dia ni boleh jadi pendengar setia,penghibur hati dan pengubat luka aku  ni.(eceh ayat aku tak boleh bla la)sometime i feel happy be with him.sometime i feel like a fool because i cannot stop staring my screen handphone.haha.benda yang aku selalu jangka kan dah pun berlaku.what is it ? someday kitorang akan kehilangan topik untuk bercerita.aku dah selalu dah hadapi benda macam ni.haha.aku rasa balik perasaan yang aku pernah rasa time sekolah rendah dulu.jiwang jugak eh aku ni.hehe.kadang-kadang aku terpikir "tak bosan ke asyik text dengan aku ?" but aku tolak tepi sebab dia ramai je lagi kawan yang boleh dia text.bukan aku sorang je.aku ni je yang x ada ramai kawan untuk di 'text'.sometime aku rasa aku ni ada just untuk menghilangkan rasa bosan dia je.hmm...(dah kenapa emo tetibe ni ? ) aku share masalah dengan dia (actually dia yang suruh aku cite prob aku eh ) and thanks sebab dengar masalah aku yang tak adelah besar mane jika nak dibandingkan dengan dia punya masalah. dia selalu ada untuk ceriakan hari-hari aku. sometimes i smile and cry for him.nonsense right ? but now i know that my heart is divided into two.one heart two men.eceh. okay.stop ! nanti penat korang nak layan perangai aku ni.okay,happy balik eh ? happy and smile :) chill lah okay ?

" Try hard to get what you like or you will be forced to like what you get " -him-




May 27, 2013

Long Post


Assalammualaikum.


Daurah

Cuti sekolah dah bermula and like always kitorang ada daurah.Kali ni punya daurah lagi pendek daripada sebelum ni.Kali ni kitorang dapat duduk dekat blok sendiri.Yeay ! tak payah susah-susah nak angkut barang.Daurah ni dah tak duduk dekat masjid tapi duduk dekat kelas je.aku tido dekat dorm uhud dengan aina,syu,afif,wafa,faz,afiqah shuhaimi.Like always budak KL memang selalu lambat.time subjek KH,kitorang datang pukul 3.00 petang padahal kelas start pukul 2.30 petang. kelas yang start pukul 3.00 tu hanya f5 SAHAJA ! kay,geram dekat diri sendiri.naik kelas and dengan yakin aku masuk kelas ikut pintu belakang.bila aku masuk,ramai gile budak putera and ada cikgu laili.aku pun keluar balik and masuk kelas ali.sumpah time tu kabut gile wei.yang terasa malu tu ialah kitorang lagi lambat daripada putera.ashamed.but this daurah is the best ever.

jum pegi masjid !

Hangout

Sebenarnya kitorang tak rancang pun nak pegi alamanda.semua keputusan ni dibuat secara tidak dirancang. ayah tina n tini balik malaysia and dia nak luangkan masa dengan anak-anak dia.so,kitorang kata nak pegi alamanda and ayah dia terus je on untuk hantar kitorang . tapi syu dengan aina yunus tak ada .lain kali kita keluar sama-sama ye. ada 2 geng yang pegi alamanda iaitu geng tudung bidang and geng kitorang.first benda yang kitorang buat sebaik je sampai addalah MAKAN ! hehe.ayah tina/tini belanja and hanya sarapan dah diperuntukkan sebanyak RM 150.woah,kaya doe.Kitorang makan dekat Pizza Hut .Lepas tu,pegi cari barang untuk adik tina/tini.aku window shopping je.lepas tu aku,tina and puteri pegi kelas aksesori perempuan.wafa,syu,ain,tina,nud,aina pegi MPH .lepastu kitorang pegi MPH diorang pulak pegi kedai aksesori tu.then,main try-try spec dekat kedai tu..melaram lah sikit.bukan selalu dapat camni.ada cermin mata style nerd mcm haziq punya.nak beli but rasa tak penting pulak.lepas tu kitorang pegi Tutti Frutti.aku share dengan aina.yang lain tu share satu cup.kitorang nak amik banyak topping but takut mahal.so,memang amik bersederhana je la.topping pun amik yang ringan-ringan je.hehe.jimat kan ?Nak bayar and aku punya harga RM 12 je and diorang punya RM 20.pergh,naseb aku tak amik banyak.then,tak perasan dah nak dekat pukul 3.kitorang pun balik and sampai pukul 3.35 petang.
syu,lain kali kita keluar sama-same eh ?
On the way :)

SMILE :D

take pic before eating
:)

Dekat kedai aksesori





 wif my tablemate and best friend

Tutti Frutti
Nyam-nyam :)
dakdak dorm basrah
kembar ftw :)

Ni je yang aku beli :)

terserempak dengan yana(geng tudung bidang)

Last pic before leave.
U.S :)
exhausted :{
Happy birthday
Birthday siape ? Bella la.happy belated birthday budak gemok.kau dah tua dah.hehe.aku doakan kau berjaya dunia dan akhirat,bahagia di samping DIA,dapat 9A for PMR.banyak gile kau dapat hadiah and surat-surat wisher kau.untung ah budak hot.dah la dapat rantai dari si die.kay,aku jeles.birthday aku tak ramai yang ingat and dapat hadiah sebab hari tu ialah exam day.sedih la,tak ramai pun yang wish.kay,stop*lap air mata.rindu satu dorm dengan kau.rindu nak gaduh dengan kau.kita selalu perang mulut tapi sekejap je,lepastu baik balik kan ?.hehe.aku rindu bella yang dulu :)

p/s:earphone aku dah rosak.bawak time daurah and tak dapat dengar suara.ni mesti adik aku guna ni.mintak ayah mesti dia tak belikan.sedihnya.nak earphone baru :(

May 12, 2013

Tears


assalammualaikum,

lepas dengar semua masalah dia,air mata aku yg jatuh.aku tak sanggup dengar wei.besar betul dugaan dia.aku teringin sangat tengok dia happy.aku tak nak dia terseksa dah .aku cakap ni atas dasar kawan.yes, atas dasar KAWAN. kenapa tak ada orang yang faham masalah dia ? aku menyesal sangat sebab pernah benci dia walaupun benda tu dah lama.kalau aku jadi dia, dah lama banjir wei maahad ni.mungkin sebab aku perempuan kot.lelaki kan tough and sabar.lelaki nampak lemah kalau dia nangis ? not,aku bangkang kenyataan tu 100%.lelaki akan menangis kalau dia dah terlalu lama pendam masalah tu.yes,sebab dia dah tak tahan nak pendam masalah tu sorang-sorang.mana pergi semua kawan-kawan dia ? tak guna ada kawan tapi tak bawak apa-apa faedah.baik campak je ke tepi macam sampah.faham ? lagi satu masalah,aku tak faham kenapa perempuan tu cepat sangat percaya dekat orang. please , give one chance to him to explain everything. kalau aku jadi perempuan tu,aku menyesal seumur hidup kalau tak bagi dia peluang untuk explain.selama ni,aku selalu suruh dia cerita problems dia dekat aku tap bila dia dah luahkan aku pulak yang speechless.thanks sebab sanggup luahkan semua masalah kau dekat aku.thanks sebab sayang aku.aku sayang kau jugak ! :)



EXAM


Assalammualaikum !

sekarang ni tengah musim exam.semua orang malas nak study.esok nek periksa malam ni baru study.last-last minute lah katakan.semua tak sedar diri  padahal nak exam besar dah tahun ni.hmm.periksa sains okay,bm pun okay,bi punn okay but periksa math.... susah weh.series.time nak balik asrama tu rase nak nanges je.penat aku stay up sampai 2-3 pagi.harap-harap result aku okay.dah la nanti kena jumpa dengan mak ayah untuk sumatif ni.habis la aku.mesti ayah aku membebel lepastu dia potong internet and aku macam asdfghjkl.okay stop.tapi yang paling penting sape ada D or fail jumpa BONDA tersayang ! tak cuak beb.aku paling takut BA ni weh.dah lah selalu low je markah die.Harap sangat periksa ni result dia sedap mata memandang.hope so..

     

Hari tu time dekat sekolah,someone datang dekat aku n die tanya :- 

p/s : nama org yg dibualkan dirahsiakan. .

"kau rapat kan dengan dia ? "
"mana ada,kitorang tak ada pape pun lah ."
"betul ke ? boleh caye ke?"
"betul.series.kenapa kau tanya ?"
"tak ada pape ."
"okay."
"ye ke ?"
"ye ke ape ni ? "
" ye ke kau tak rapat dengan dia ni ? "
"betul la."
wei,aku tak suka perasaan ni.bila someone tu datang dekat aku,aku rasa takut sangat.aku tak suka la rase camni.someone tu buat aku rasa tak selamat.wei,aku takut sangat sampai kadang-kadang aku rasa nak nangis wei.aku tak tau kenapa aku rasa takut sangat.nasib aku ada kawan-kawan yang selalu ada dengan aku.diorang lah yang selalu tenangkan aku bila aku rasa takut,selalu happy kan aku kalau aku tengah sedih,selalu dengar masalah aku,selalu sabar bila time aku tengah marah and selalu kenakan aku dengan dia.thanks a lot my friends.aku sayang korang gila-gila.





 exaaaaaaaaaaam !


 Hope it will be like this :)

May 6, 2013

Politic


Assalammualaikum !

PRU 13 ? sekarang ni kan musim mengundi.undilah BN ! undilah Pakatan Harapan Rakyat ! undilah Bebas  ! *hambar .pilihan raya mungkin penting tapi perlu ke sampai gaduh-gaduh.tak faham lah dengan semua orang yang suka sangat berpolitik ni.tak rasa ke yang otak kau boleh kusut dengan benda politik ni.ayah aku pun sama.dah berjangkit dan aku tak tau sejak bila dia jadi penyokong tegar PR.aku tak kisah lah kalau sokong gitu-gitu je tapi dah terlebih semangat.kadang-kadang aku rasa nak gelak je tengok perangai ayah aku ni.selalu cakap pasal politik dekat rumah sampai adik-adik aku semua dah kena brainwash dengan ayah aku.

Bile tengok je muka pak cik najib,mula lah nak kutuk sana,kutuk sini even adik aku sendiri  yang darjah 4 tu pun dah terikut-ikut.sabar je la.nasib aku duduk asrama.kalau tak mesti aku dah kena brainwash sekali.time balik wajib aritu ayah aku tanya dekat aku :-

"warna hijau ke warna biru lagi cantik?"
"warna..... hi..hijau"
"bagus.kalau kau kata biru,ayah turunkan kau dekat sini."
"LOL =,= "

mak dengan ayah aku mengundi dekat kampung.so,aku pun terpaksa lah ikut balik.nasib kampung ada internet kalau tak ,tak bleh hidup aku.malam tu dah deal nak buat kks.aku pun okay je tapi aku tertido dekat sofa and terjaga pukul 5.30 pagi.terus segar mata aku.tengok-tengok die dah off.tgk phone dia antar msg.wei,menyesal tertidur.dia kate die tak tido malam tadi sebab tunggu aku.wei,rasa bersalah gila.sorry sangat-sangat.



May 3, 2013

Suprise !


Assalammualaikum ! 

Masuk bulan baru,wajah kulit blog pun dah bertukar baru eh ? sebenarnya,aku still sayang dekat template yang lama tapi aku sendiri yang dah terdelete some code dia and blog tu totally buruk and rosak.rasa nak nanges je time tu.sobsob.sebelum ni aku private blog ni sebab aku belum abis edit sepenuhnya blog ni.buat masa sekarang ni,alhamdulillah dah okay.sorry kepada 'orang' yang bukak tapi tak boleh tu.

Hari tu aku dapat cokelat dari dia.Seriously aku terkejut sebab tak expect pun cokelat tu untuk aku.walaupun hanya cokelat,aku tetap hargai.first hadiah daripada budak putera(tak termasuk request) tu yang bajet sikit tu.aku tak makan sorang eh cokelat tu,aku makan dengan kawan-kawan aku eh.bukan ke sharing is caring :p Dia ada tulis note untuk aku.

'Aku dengar cerita kalau kau dapat cokelat kau terima but wondering sapa yang bagi.Sekarang wonderlah sapa yang bagi.'
 Buat lawak je kan kau ni.Kau yang tanya dekat aku tapi kau kata kau dengar cerita.memandai je.btw,thanks a lot to you ^.^

Bulan Mei ?apa yang penting eh dalam bulan ni? ada bufday kawan baik aku lah.sape? Izzu and Bella.Happy Becoming Bufday ! Esok,bufday izzu.Dah 2 tahun 4 bulan aku kenal dia.Dia ni lawak,suka gosip,cepat sensitif,suka kena kan orang,budak debat,pengawas.Aku kalau exam je mesti cuba lawan markah dangan dia sebab dia ni pandai.Kitorang sama-sama lemah dalam subjek bahasa terutama BA.Dia ni senang nak share rahsia and masalah sebab kitorang ni satu kepala.Tahun lepas,kebetulan dia dapat request aku and dia belikan aku beg jalan.Nasib kau tak kasi aku makanan,kalau kau kasi aku bagi balik dekat kau.Aku doakan kau bahagia dengan budak yang kau suka tu.

Exam ? PPT kembali lagi.minggu depan start and aku baru study sikit-sikit.dah lah masuk dari form 1 sampai topik form 3 yang dah belajar.please pray for me and my batch.okay ? #Fraternity98 can get 9A ! Insyaallah !



Happy Belated Birthday,Sungjae Oppa !