menu tab

tumblrigtwitter+follow

December 31, 2012

2013


             Sebelum aku nak mulakan cerita ni,kita buka majlis kita dengan al-fatihah. #ehh . Dah nak 2013 dah.Hari ni last day for 2012.Nak masuk 2013 dah ? Dah ada azam ke ? Azam ??? *wondering .Entah lah,aku selalu nya tak ada azam yang for sure.so,azam aku selalu bertukar-tukar.Tapi tahun depan nak ada azam yang kukuh and harap-harap aku boleh follow la azam tu sampai mencapai matlamat nya.eceh.


  #Azam2013
  1. Nak dapat 9A dalam PMR.
  2. Nak ubah perangai.
  3. Nak jadi lagi rajin.lol.(sebelum ni pun bukan aku rajin sangat pun)
  4. Nak concentrete dalam kelas.(btw,aku rasa aku tak boleh concentrete sebab ada _____.)
  Tu je lah kot azam aku.Tak ada lagi azam yang tepat.


           Nak cakap pasal kelas.Aku dapat kelas dengan ******.Cuak je rasanya.Tapi aku tak nafikan lah yang aku happy dapat sekelas dengan dia.Harap sangat dia tak dengar rumor-rumor pasal benda tu.Aku ngan Aina dapat stay Osman .Ain dapat kelas Ali sama dengan Puteri,Syu, and Bella.Tapi yang lagi kesian  tu Wafa dapat kelas Hamzah.Dekat kelas tu siapa je yang dia rapat.Kalau aku tercampak dekat kelas tu pun aku tak boleh survive.Kesian wafa and dalam masa yang sama sedih sebab dah tak dapat kelas ngan Ain TT_TT. Dalam kelas aku ni ada 13 putera and 18 puteri.15 orang duduk asrama.Putera-7 orang.Puteri-8 orang (4 KL,4 MN).Dalam banyak-banyak kengkawan aku,aku paling kesian dekat wafa,dah lah tak ada budak yang dia rapat dalam kelas tu and dia sekelas dengan ****** .tutttttt.


          Tahun depan aku dah tak dapat satu dorm dengan Ain,Bella and Afifah(my gossip gang XD ).For sure lah memang tak dapat dorm dangan diorang lagi kan ? Dorm dah tak sama,kelas pun dah tak sama dah tahun depan.Harap aku dapat  roomates yang sama otak gila-gila macam aku and yang baik-baik.lol.Kalau dapat yang sekelas dengan aku pun best jugak tapi budak kelas aku untuk tahun depan semua baik-baik :( Aku nak cakap satu benda ni.AKU MALAS NAK PACKING !.Baju pun tak iron lagi.haishh.aku rasa packing lah benda paling malas budak asram nak buat tak kira nak balik rumah atau pun asrama.Ok.Let me stop here and Gud Mornight !

Ni senarai kelas Osman,Ali Hamzah.ONLY !

3 Ali

 3 Hamzah

3 Osman

December 14, 2012

Holiday !






okay,sorry kalau tak minat orang dekat atas ni.letak just for fun *saya tak taksub sangat dengan kpop
this is my biases.so handsome ^^


            Cuti sekolah ! arghh! bosan duduk rumah and aku ada hobi baru iaitu baca fanfic.haha.dah bosan sangat duduk dekat rumah.novel pun dah habis baca semua.sekali sekala layan,tak salah kan? cuti ni tak pergi mana-mana pun.just duduk rumah but isnin lepas pergi desa waterpark.muka adik-adik aku semua dah burn sebab mandi tak ingat dunia.aku tak mandi sebab aku tidur .bagus kan ? orang pergi dakat situ untuk mandi tapi aku boleh pulak pergi tidur dekat situ.membazir je tp tak boleh buat apa-apa sebab hari sebelumnya aku stay up teman SYERA melalui fb *haha,lol.
            Malam isnin tu pula,aku pergi rumah syera sebab nak pergi rumahAIN hari esoknya.ayah aku tak boleh hantar pergi rumah ain sebab ayah aku kerja.so,sleepover rumah syera lah.dekat rumah dia aku senyap je *awkward .kitorang tak buat apa-apa pun.dia online,aku online,then kitorang tidur.
            Esoknya,aku terbabas tidur sampai pukul 11.syera kejut aku solat tapi aku tak bangun *aku susah nak bangun tidur.aku bangun tidur and turun bawah.mak dia "pergi lah makan subway tu.dekat atas meja tu.makan subway tak? ".aku punya terkejut sebab aku tak pernah makan subway,pernah dengar je tapi tak berkesempatan untuk merasa.aku pun jawab lah "saya makan subway*sambil senyum."kenapa aku cakap aku makan ? sebab aku makan semua benda*makanan sahaja.then aku mandi,lepastu solat zohor and gerak.sampai dalam pukul 2.singgah kedai and beli makan tengah hari.sampai dekat rumah ain,kitorang makan and pergi bilik dia.aku main sahibba ngan ain sambil tu gossip.eceh,bukan mengumpat ye,benda yang fakta.syera pulak sambung tidur.sampai pukul 6.45. ayah syera ambik dia and dalam masa yang sama mak ain balik.aku duduk-duduk dulu and ain buat roti telur*sedapsedapsedap :) ayak aku ambik aku lepas maghrib and say BYE dekat ain.
         Itu je aku buat time cuti ni.Minggu depab pergi sunway lagoon pulak.tak nak mandi tapi tiket masuk dia kan mahal.so,terpaksa lah aku mandi.tunggu lah tengok muka aku berubah warna.sobsob.T.T. 

*ehemehem :)

December 1, 2012

belog :)

Assalammualaikum ! Hai ! perasan tak belog kita dah bertukar wajah ? tak perasan ?cube tengok betul-betul. lambat lah.kita cakap terus la.kita punya belog dah bertukar wajah.yang sebelum ni dah ada orang guna blogskin tu.so,kita pun tukar lah.nak tukar tapi malas.hihi.anak dara pemalas.tolong ckit,kite rajin okay? hehe.tetibe kwn kite ni die offer sape nak suruh dia edit blog.FREE OF CHARGE.limited edition.kita nampak je dia update,kita terus mintak tolong dekat dia.so,jadi lah macam sekarang ni.cantik kan? mesti penat die edit belog kita ni.kita nak cakap terima kasih banyak-banyak dekat kawan kita yg comel ni.terima kasih sebab edit belog kita.kita hargai sangat-sangat.kita nak cakap yang kita rindu awak sangat-sangat :D

ni link blog dia: arifa fasiha.cubelah tengok :)


ni lah kawan yang tolong editkan blog kita :)
*muka tak matured and tudung selapis.LOL
 *tudung hancuss :p
 i'a yang comel :)
 peace :)
 with i'a *tangan aku cacat :(
last photo.semoga bahagia dgn GB i'a.*ni crush i'a kan? :)

November 27, 2012

Crush



p/s : sorry kalau ayat macam keling or typo sbb tulis dalam keadaan mengantuk.so,faham-faham je la

   hmm,rasa bersalah pulak nak tulis entry ni.tak pe la,aku tulis je la.nama dia muhd ...........hehehe.tak nak bagi tau boleh tak? secret ye? saya kenal die sejak form 1 dan ditakdirkan dia duduk satu baris dengan dia .orang nya hensem,comel,baik,rajin and senyuman dia lah yang buat hati saya cair.senyuman die,oh maii gerd,buat kan dia makin hensem*sorry kalau geli dengar ayat saya ni :) dia jenis lelaki yang tak layan perempuan.bagus kan? tapi bila naik form 2,kitorang dah tak sekelas.first-first dia kelas ali.tak kesah sangat sebab sebelah je.tetiba,ada rombak kelas and dia pindah hamzah.so sad.rasa sedih sangat sebab dah tak selalu dapat tengok muka dia.LOL.belajar still belajar ye.saya hanya dapat tengok dia,time tersermpak and sorok-sorok usha die bila pergi tandas.hihihi.apa lah saya ni ? belajar lah .bukan asyik sebok pasal crush. okay,sambung.satu hari ni saya dapat no ic dia dekat PEKA science dia dekat makmal sains.saya pun bukak SAPS die dan saya terkejut gila sebab dia dapat no 11 dan saya 10.saya sedih sangat disebabkan saya dia masuk kelas ali dan saya masuk kelas osman. bila periksa pertengahan tahun,saya bukak SAPS dia and tengok result dia.Wow ! dia punya result lagi okay dari saya.pandai nya dia :) dan bila akhir tahun ni,saya harap result dia dan saya okay. dia taon depan dah pakai baju lain sebab dia KP .taon depan saya nak mintak KP jugak boleh tak.uhuk2.saya memain je :P saya suka tengok dia pakai baju pengakap sebab nampak smart.dia pun satu rumah sukan dengan saya.time sukan dia masuk lari,saya pun sama cuma dia 4x400m dan 400m,saya just 4x100m tapi yang penting dua-dua menang.hmm,okaylah karang melebih pulak .





kay,semua gambar tumblr :)

November 26, 2012

update :)

      hmm,boring ! saje nak update blog nak buang rasa bosan ni.tak salah kan? nak cerita pasal ape ye?semua saya nak cerita.hehehe.boleh kan? sabar je lah tengok saya berceloteh ye.cuba lihat pukul berapa saya update blog ni.sepatutnya dah kena tidur ni.tak boleh tidurlah sebab dah tidur petang tadi.okay dah jauh menyimpang.balik kepada cerita asal ye.

Result PAT


PAT tu apa ? Peperiksaan Akhir Tahun. faham ? nak cerita pasal result.result saya okay je cuma BA mencacatkan result saya.hmm.nak buat macam mana,saya dah usaha tapi ini hasil  ya.makna nya saya kena cuba perbaiki nya lagi. Hwaiting ! saya ada no ic budak putera kelas saya. hanya segelintir je. jangan marah ye,nanti cepat tua.LOL.'dia' punya result biasa-biasa je and want to know something ? markah BA 'die' sama dengan saya. wah! excited nye. saya harap result kawan-kawan semua nya okay.kalau boleh saya nak sekelas dengan aina,syuhada,ain,wafa,and nudrah(budak ert and kami semua pertanian ). macam boleh je tentukan nak kelas dengan siapa.kesah? suka hati lah,ni dunia imaginasi saya.okay ni result saya yang tak berapa nak cantik tu.nak printscreen result aina,wafa and ain tp confirm kena marah teruk gila dengan diorang.so,lupa kan je lah niat tu.saya buat semua ni bukan nak 'show off ' markah saya dan tak terlintas pun.just for fun.kay ? jangan salah anggap pulak.tak pasal-pasal saya dituduh sengaja mahu menayang result.


ni result saya.*biasa-biasa je


p/s:sebenarnya result tu tak lengkap lagi :)


Photo


nak masuk kan gambar dalam fesbuk tapi internet lembap macam siput.so,masuk kan dalam belog je lah.kalau tak masukkan marah pulak kawan saya ni.beria-ia suruh saya masukkan.saya tak nak awak marah dekat saya sebab saya tak masukkan gambar.


 birthday girl ! *time 3/10 je
 ain and ain *love them so much
 bella gemokss
 syu omey :)
 bella & aina
 bella & wafa
 kembar seiras :)
 budak-budak photogenic
 wafa omey :)
 ain wif wafa
 budak cun :)
 smile :)
 ain and aina
bella and wafa

gambar nud tak ada.sobsob.TT.TT.tak ape ye nud,taon depan ada lagi.kay? saya geram tengok kawan-kawan saya ni sebab semua nye jenis yang photogenic.saya tak suka amik gambar sebab saya tak ada ekspresi muka  yang berbagai.saya hanya reti senyum je.saya nak cakap dekat korang yang "SAYA SAYANG KAWAN SAYA SANGAT-SANGAT ."

November 9, 2012

Last week

Minggu ni merupakan minggu terakhir kami bergelar form 2.sobsob :'( tak nak jadi form 3.takut nak PMR and want to know something? we are the last victim for PMR!excited sbb jadi last batch but takut sbb ada tanggungjawab yg berat telah disandarkan dkt bahu kitorang iaitu result yg GEMPAK.Arghh! risau nya.Lupakan pasal tu and nak cite pasal ni.Last day membuat kan kitorang rasa mcm org tak betul sbb tak tau buat apa.rasanya mcm org bodoh plak.disebabkan boring,semua pelajar puteri menburu novel and ramai pulak pengedar dia.baru abis satu novel,sampai lagi satu novel.huishh! menyeramkan and ade yang sanggup keliling asrama just nak cari novel,dahsyat kan? 3 hari terakhir,cikgu dah buat aktiviti utk kitorang.

Hari-1

solat dhuha,baca yasin and dgr tazkirah ayah haji.tazkirah ayah haji mmg lawak,siap ade sound affect lagi.sepatutnya lepas rehat kena kemas kelas form 3 tp disebabkan kami malas sampaikan yang rajin-rajin tu mals sekali.tak ada sorang pun yang pergi kemas kelas.sume tido,borak,bergambar dkt kelas masing2.

Hari-2

disebabkan malas kami utk mengemas kelas form3,pn salmah pun membebel,"kenapa form 2 x kemas kelas form 3? saya pergi round semalam hanya kelas 2 umar je yg kemas itu pun tak cukp meja.saya nak tengok esok,bile saya round sume mesti dah siap." tengok tu,sampai main ugut2 lagi.terpaksa lah kami mengemas.kemas tu kira okay lagi,tp yang tak puas hatinya,PUTERA  punya lah malas nak tolong.tau tak kelas tu bile kau masuk tak ada satu meja pun.kena angkat lah dari belakang blok F dan drpd HI.dah lah berat,putera block tangga,gelakkan puteri bile bdk puteri angkat meja.tak malu ke budak puteri yang angkat meja utk korang belajar taon depan.korang hanya reti merungut cakap "berat lah meja ni.","kotorlah meja ni." "panas nya." itu je korang reti kan.aku angkat meja tu sampai lebam kaki aku,tau tak?sampai hati cikgu buat kitorang camni.sepatutnya budak form 3 yang kena kemas kelas diorang.

Hari-3

kena kemas kelas lagi.AGAIN! kali ni kelas form2 pulak.tp tak ada pun yang kemas.nasib korang la,taon depan dpt kelas mcm mane.jgn salahkan kitorang ye? kitorang dah penat kemas kelas form 3 semalam.lepas rehat pulak,ada event dekat masjid.bagi hadiah untuk kuiz ilmu wahyu.

No 1-Hamzah
No 2-Talhah
No 3-Ali

tahniah lah utk korang.dah lah dapat duit.untungnya.saya jeles :( balik dari masjid,ramai dah nak balik and we apologise among friend.aku terharu gile sbb time dah nak balik tu,tetibe syu,aina,ain,wafa ngan bella datang dekat aku and mintak maaf ! yang paling sedihnya ialah bile tengok aina nangis.so sweet :) saya terharu  ye, aina. i love to being form 2.rindu nak rumple balik.sekejap nya jadi form 2 ni.taon depan dah form3 :(


Just A Video


Ni just for fun and for the ICTL .hope dpt result yg terbaik untuk ICTL walaupun just ICTL tak kan lah nak result yg lain okay tapi subjek yang tak penting teruk.tak bagus jugak kan?hope dpt result yg terbaik!

October 28, 2012

Jamuan

Jamuan
Aku tau cite ni dah berhabuk dah tapi aku still nak cite jugak.Jamuan akhir tahun and majlis pengiktirafan pelajar.Bonda buat hari yang sama just because dah alang-alang tak belajar tu,baik satu hari terus tak belajar.Kita kan kluster (*LOL) so tak boleh buat time hari biase sebab kite perlu belajar (aku rase benda ni mesti terlintas dekat fikiran bonda).Pagi ada majlis pengiktirafan pelajar and tengah hari sikit baru ada jamuan.We are allowed to bring 'HARAM' things(pandai-pandai je buat peraturan sendiri -,-)Sebenarnya kitorang plan nak gi lawatan dan buat jamuan dekat luar tapi tak jadi sebab cikgu kata form 2 tak boleh buat lawatan dekat luar.first-first dah teruja dah sebab ada lawatan kelas,mesti best but nak buat camne dah tak boleh kitorang terima dengan tabah je*ceh,ayat.Jamuan tahun ni best cuma tak macam jamuan tahun lepas sebab tak ada gambar ramai-ramai.so sad tapi kita tak boleh bandingkan sebab setiap tahun mesti ada perbezaan nya.tak kan lah setiap tahun sama mesti boring kan? dah hampir setahun kita sekelas,pelbagai ragam yang kita tengok.Ada yang bising,senyap suka tidor,suka berborak,suka buat hal sendiri,rajin,tergedik-gedik semua ada.Ramai orang kata"Untung lah korang sebab dapat budak putera yang rajin,korang tak payah buat ape-ape pun." Alhamdulillah lah sebab dapat budak putera yang macam ni walau pun kadang-kadang gonjeng terlebih,sebab mereka ni amat lah rajin dah tanpa disuruh mereka meyapu lah,mengemas lah dan macam-macam lagi.Tapi jangan pandang yang kitorang puteri ni tak buat kerja.Kitorang pun buat kerja ye cuma diorang je yang terlebih rajin.Kitorang tolong menolong and bekerjasama sebab Apa yang penting? KERJASAMA! ni yang membuat kan kitorang united.

 Putera 2 Osman yang rajin dan baik hati.
Puteri 2 Osman yang cun lagi rajin daripada putera*LOL.
Nasi tomato and Cocktail

Request
Kitorang main request campur dengan putera.Ada yang tak campur.Aku dapat Aiman dan aku belikan dia pencil colour 24 batang.Aina dapat Fateh dan belikan dia jam loceng*moga bangun awal selalu.Ain dapat Rusydi and belikan MOLpoint yang bernilai RM20 cuma ain tak dapat bagi time hari tu sebab die patah tangan n tak boleh datang.Wafa dapat Farhan dan belikan pen untuk buat nota.Kami dapat hadiah juga.
Fana-dapat hadiah beg dari izzu*thanks izzu nasib kau tak bagi aku makanan:P
Aina-dapat buku dari Daniel*moga rajin membaca selalu:)
Ain-dapat spect nerd dari Asma*comel sangat :D
Wafa-dapat jam warna kuning dari Aiman*siap berkotak kan dengan kotak APPLE lagi:D
Hadiah birthday girl!
Jam kuning dan kotaknya yang mahal :P

 
Hadiah yang Asma kasi.
Beg yang izzu kasi :D
Budak comel*jeles
Happy Birthday!
Birthday Gurlz!
 Kembar seiras cuma lain family je.
 Kacak tak kami?
 Ustaz ahmad yang comel.Sayang ustaz!
#TeamBudakRajin
 Orang kuat untuk jamuan ni.
 Lulz.
Happy tak kami?
 Rindu kelas 1 Ali :')

 Bella punya TROLLFACE :)
 Ustazah Wafa yang omeyy.
 Nud comel :D
 Say "Bye" to teddy!